top of page
Writer's pictureJasvin Liyun

Cara pantas dengan VS editor (Emmet)

Updated: Dec 3, 2018

Tutorial kali ini, saya akan menunjukkan cara paling mudah untuk memanggil class css atau id pada html kode anda. Dengan menggunakan kode editor iaitu Visual Studio code, ia menawarkan suatu ciri yang paling senang dan mudah dalam editor tersebut. Ciri "emmet" ini menawarkan cara pantas tanpa menaip koding satu persatu. Lihat contoh pada kode dibawah.

 

<div id="container"> <ul> <li class="homework-item">homework1</li> <li class="homework-item">homework2</li> <li class="homework-item">homework3</li> </ul> </div>

 

Bagaimanakah kita menghasilkan koding html seperti diatas tanpa menaip satu persatu? Ia sangat mudah dihasilkan dengan menaip div#container>ul>li.homework-item*3 pada kode editor anda dan seterusnya tekan "tab" papan kekunci seperti dalam gambar rajah 1.0 dibawah.

Rajah 1.0

Dalam tutorial ini, saya menggunakan Visual Studio Code editor. Kode editor lainnya seperti Sublime Text 3 dan Atom juga mempunyai ciri seperti diatas. Dengan menggunakan kode editor yang baik, ia sangat memudahkan kerja dalam pembangunan laman sesawang dengan cepat.


12 views0 comments

コメント


bottom of page