Struktur asas HTML dokumen mempunyai enam (6) elemen yang penting. Antaranya adalah:-
<!DOCTYPE>
<html>
<head>
<title>
<body>
Contoh gambar rajah dibawah ialah struktur kode html dokumen. Saya akan huraikan setiap fungsi elemen yang dinyatakan diatas.
Tag elemen <!DOCTYPE>
Tag <!DOCTYPE> mesti ditulis pada baris pertama setiap dokumen web
<!DOCTYPE> akan memberitahu pelayar (browser) web yang halaman HTML akan ditulis dalam versi apa. Contohnya dalam versi xhtml, html atau html5.
Html5 adalah versi yang terkini dan terdapat banyak tag elemen yang dikemaskini untuk sokongan pada pelayar web.
Tag elemen <html>
Elemen <html> ini akan memberitahu pelayar web bahawa halaman itu akan di formatkan dalam bentuk html dan menentukan bahasa dunia sebagai bahasa lalai (default) yang akan digunakan.
Tag elemen <head>
Elemen <head> ialah antara semua elemen yang terletak "di belakang tabir" khas dokumen web. Ia tidak dipaparkan secara langsung pada laman web.
Tag elemen <title>
Elemen <title> mentakrifkan teks yang akan ditunjukkan dalam bar tajuk pelayar web (rujuk gambar rajah 1.4).
dalam contoh di atas, <title> diisikan sebagai "Ini adalah tajuk". Pada bar pelayar web akan kelihatan dalam gambar rajah dibawah (rujuk gambar rajah 1.5).
Lihat pada bulatan yang berwarna merah pada bar pelayar web. Nama dalam <title> adalah sama seperti yang terpapar pada bar pelayar web.
Tag elemen <body>
Elemen <body> memaparkan semua kandungan sebenar (teks, imej, video, pautan, dll) yang akan dipaparkan pada halaman web (rujuk gambar rajah 1.6).
contoh kode tersebut ialah cara-cara untuk memaparkan maklumat pada pelayar web. Apa sahaja tag (contohnya tag <h3>, <ol>) yang berada pada elemen <body> akan terpapar pada pelayar web seperti dalam gambar rajah 1.7 di bawah.
Σχόλια