top of page
Writer's pictureJasvin Liyun

Pengenalan Html

Updated: Nov 18, 2018

Pengenalan

Orang yang baru berjinak-jinak dalam reka bentuk web tentu akan selalu terdengar atau mendengar istilah “markup” dan mungkin juga ada yang tertanya-tanya apakah maksudnya, serta apakah perbezaannya dengan istilah “kode”. Istilah “markup language” diadaptasikan dari proses “markup manuscript” melalui arahan pencetak yang berasal dari markup tulisan tangan. HTML, termasuk kepada bahasa markup yang paling banyak digunakan. Beberapa tahun yang lalu, kemaskini terhadap bahasa ini dikeluarkan, bernama HTML5.


Apa itu html?

HTML atau Hyper-Text Markup Language (bahasa penanda hiperteks) ialah bahasa markup yang berfungsi untuk menghasilkan dan memformatkan sebuah dokumen web. Html bukanlah satu bahasa pengaturcaraan (programming) tetapi hanyalah bertujuan untuk memaparkan data atau maklumat pada web. Salah satu ciri bahasa pengaturcaraan seperti PHP atau Python ialah kode tidak dapat dilihat pada "view page source" pada browser. Boleh lihat pada contoh tangkapan skrin dibawah.


  1. Klik kanan pada tetikus/pad anda, selepas itu pilih "view page source" seperti dalam gambar rajah.

  2. Anda akan melihat paparan source kode iaitu kode html sahaja.

Rajah 1: halaman web utama

Html itu sendiri mempunyai tag-tag yang telah disediakan (built-in) seperti tag <strong></strong>, <italic><italic/> dan banyak lagi. Tag-tag inilah yang diguna pakai dalam membangunkan sesebuah laman sesawang.

Penulisan saya kali ini sudah memadai untuk mengenali apa itu html dan sedikit tentang tag asas html. Nantikan penulisan saya yang seterusnya membahas tentang fungsi tag-tag dalam html yang disediakan oleh W3C (World Wide Web Consortium).

 

36 views0 comments

Comments


bottom of page